E-BOOK

Di bawah ini adalah sebahagian dari e-book yang sudah dikeluarkan. Terdapat juga e-book yang sedang diterbitkan.

Ebook Mula Bisnes Butik

E-book ini memberi panduan kepada bakal pemilik butik bagaimana mahu memulakan bisnes butik. Turut ditekankan adalah bagaimana mahu memilih produk yang sesuai dan kategori yang boleh dipecahkan dari kategori tersebut. Contohnya pakaian kanak-kanak, banyak kategori yang boleh dipecahkan iaitu, barang kelengkapan kelahiran, pakaian kanak-kanak mengikut usia, pakaian tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan, barangan kelengkapan penyusuan eksklusif, barangan bahan bacaan awal kanak-kanak berusia 1,2,3 tahun.


Ebook Belajar Asas Blog
E-book ini merupakan ibarat buku teks bagi kami alumni ABDR. E-book ini adalah sebagai rujukan kepada penghasilan blog. Bagaimana mahu menghasilkan blog yang disukai pembaca dan blog yang mencapai capaian tinggi dalam carian Google. Turut difokuskan adalah bagaimana mahu konsisten mendapat idea dan input untuk terus konsisten menulis blog berdasarkan tajuk utama blog. Kami akan diberi tugasan untuk diselesaikan sebelum berjaya diangkat sebagai alumni ABDR. 
Ebook Super Wahm Super Mom

E-book ini menceritakan pengalaman ibu-ibu yang telah berjaya berhenti kerja dan menjadi Work at home mother (WAHM). Ini merupakan naskah yang perlu dibaca dan ditelaah sekiranya kalian berniat untuk berhenti kerja. Sejujurnya bekerja dari rumah bukanlah perkara senang. Ada cabaran dan liku-liku yang lebih mencabar akan ditempuhi. Paling utama adalah dapatkan sokongan dari suami. Mintalah pertolongan dari Allah supaya diberikan petunjuk. Kemudian sertai mana-mana kumpulan sokongan supaya kita bersedia dan berkongsi cerita yang sama. Dengan kecanggihan teknologi peluang untuk menjadi WAHM amat terbuka luas. Bacalah naskah menarik ini. 

Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan

E-book ini khusus bagi usahawan online untuk lebih memahami mengenai pelanggan. Bagaimana mahu memantapkan khidmat pelanggan iaitu cara kita berkomunikasi dengan pelanggan agar pelanggan suka dan mempercayai bisnes kita. Ini kerana bisnes online sangat memerlukan kepercayaan dan ketelusan dari kedua belah pihak. 

Ebook Panduan Berpantang
Berpantang selepas melahirkan dianggap kolot dan leceh oleh sesetengah wanita. Ini kerana kurangnya maklumat serta cerita yang tidak enak kedengaran bilamana berpantang. Kebanyakkan amalan berpantang sudah dimulai sejak berzaman-zaman dahulu lagi. Jadi untuk anda yang sedang hamil, wajib memiliki naskah ini agar anda bersedia untuk melalui 44 hari berpantang. Pantanglah dengan bersungguh-sungguh kerana badan kita mahu digunakan lagi selepas ini. Jaga diri agar keluarga terpelihara.


Ebook Resepi Berpantang
Kebanyakkan wanita berpantang akan keliru mengenai menu pemakanan. Seringkali wanita berpantang akan kehilangan selera untuk makan lantaran menu yang sama setiap hari. Jadi, ebook ini amat sesuai dijadikan panduan pemakanan ketika berpantang. Bukan semua masakan kita boleh makan. Ada masakan yang perlu dijauhi sementara berpantang. Malah terdapat juga makanan berpantang yang boleh melancarkan pengeluaran susu ibu. Sejujurnya masakan berpantang senang untuk dimasak. Namun perlu idea dan tunjuk ajar apa yang perlu dimasak supaya ibu bertenaga ketika berpantang. Dapatkan naskah istimewa ini untuk memudahkan urusan anda berpantang. 
Ebook Yeay Mama Sudah Resign

'Resign' adalah perkara yang bakal merubah banyak benda dalam kehidupan suri bekerjaya. Walaupun nampak mudah, namun tidak semua mampu menghadapi cabaran dan dugaan yang datang selepas meletak jawatan. Jadi, ebook ini dihasilkan khas buat suri yang masih tercari peluang dan langkah sebelum meletak jawatan. Baca perkongsian mereka yang sudah meletak jawatan agar kita terinspirasi. Namun, sebelum meletak jawatan rangkalah matlamat dan tujuan sebenarnya agar kita tahu apa perlu dibuat setelah meletak jawatan.


Ebook 101 Idea Home Based Bisnes

Apa yang saya mahu buat setelah berhenti kerja?
Saya tiada kemahiran memasak atau menjahit. Bagaimana saya mahu menjana pendapatan?
Soalan ini kerap menjadi tanda soal kepada suri yang mahu menjana pendapatan sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa. Tidak semestinya anda mahu menjual pakaian anda perlu belajar menjahit. Malah, jika anda mahu menjual roti, tidak perlu pandai untuk membuat roti. Peluang dan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan ini amat senang di zaman ini. Anda hanya perlu belajar untuk menjual. Dapatkan berbagai idea yang boleh menjana pendapatan melalui ebook ini. Malah idea yang diketengahkan kita sendiri tidak terfikir. Kita juga boleh menggunakan kemahiran dan kepakaran sedia ada untuk menjana pendapatan. Dunia kan di hujung jari. 


Ini adalah antara ebook yang sudah dipasarkan dalam Akademi Bekerja Di Rumah. Jika ada sahabat yang berminat, boleh dapatkan ebook ini melalui Kak Seed. Jangan malu, jangan segan untuk whatApp Kak Seed 0135983568.