Penulis

Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani.

Alhamdulillah, coretan pertama laman sesawang utama Kak Seed untuk membantu lebih ramai wanita hidup lebih bahagia, sihat dan berjaya.

Nama penuh Kak Seed, Rasidah binti Othman, berasal dari Johor Bahru. Kini menetap di Johor Bahru, selepas mendirikan rumah tangga bersama suami yang dicintai lagi dihormati.

Kak Seed dan suami dianugerahkan 3 orang cahaya mata lelaki yang sihat lagi aktif. Anugerah ini memberi peluang Kak Seed menghadapi cabaran dan menyimpan pengalaman yang berbeza dalam mendidik dan membesarkan mereka.

Kak Seed mendapat pendidikan awal di salah satu sekolah di dalam kawasan Gelang Patah dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam aliran kewangan dan pentadbiran bisnes di salah satu institusi pengajian tinggi di Segamat.

Selepas tamat pengajian Kak Seed diterima berkhidmat didalam syarikat perkhidmatan marin selama hampir 12 tahun, Selepas itu Kak Seed meletakkan jawatan dengan tujuan menjadi suri rumah sepenuhnya, mendidik dan membesarkan anak-anak sendiri dengan dibantu oleh ibu dan juga sokongan daripada suami.

Sebelum meletakkan jawatan, Kak Seed sudah mula cuba memahirkan diri dengan bisnes online.
Pilihan mudah untuk mencari pendapatan bagi kepuasan dan persediaan diri sendiri sebelum berhenti kerja.

Ok, lagi catatan pengalaman, akan Kak Seed tulis di laman ini nanti. Terima kasih sudi membaca.



Penulis,
Rasidah Othman 0135983568
Pengurus Kewangan Bukakbonet JB
Bisnes Online
Agent Produk Kecantikan