8 December 2017

Ulasan Kelas Asas Blog ABDR

Teks : Rasidah Othman

Assalamualaikum dan selamat petang.

Suka nak khabarkan, hari ini Kak Seed berjaya menyelesaikan tugasan 44 entri. Tugasan selsesai setelah berjaya fokus pada satu-satu label yang mampu menarik minat pembaca nanti. InsyaAllah.

Jujur Kak Seed nyatakan, kekangan masa adalah masalah utama bagi Kak Seed untuk selesaikan tugasan yang diberi. Tetapi berkat desakan dan dorongan serta teknik-teknik yang diberikan oleh Puan Masayu Ahmad untuk memudahkan setiap peserta menyelesaikan tugasan masing-masing sangat membantu memudahkan urusan Kak Seed.

Tugasan setiap peserta yang berjaya melepasi setiap entri juga Kak Seed jadikan satu cabaran sebagai dorongan untuk membuktikan yang Kak Seed juga mampu lakukan seperti mereka.

Bergerak dalam satu kumpulan, bagaikan sokongan untuk diri. Kita tidak bergerak keseorangan, ada lagi wanita-wanita yang mempunyai masalah yang lebih besar berjaya juga lakukan latihan dan tugasan.

Setiap kali bersuara, Puan Masayu selalu ingatkan, latihan 44 entri selama 20 hari adalah langkah permulaan awal bagi melatih diri untuk menulis dengan lebih baik. Tulis dan terus tulis setiap aktiviti di buku  nota dan kemudian tulis kembali di blog apabila ada masa lapang.

Kak Seed menggunakan teknik, kemaskini aktiviti di facebook, dan pindahkan ke blog dengan applikasi Blogaway android version. Lebih mudah apabila semuanya dihujung jari.

Nyata sekali, hari-hari Kak Seed adalah bersama usahawan BukakbonetJB. Jadi catatan Kak Sees banyak tertumpu pada soalan mereka, cerita mereka juga cabaran mereka.

Kak Seed dan Bukakbonet. Sungguh sangat terharu bila, tugasan ABDR ini berjaya menjadikan Kak Seed lebih fokus dalam usaha bersama Bukakbonet.

Terima Kasih Puan Masayu Ahmad diatas usaha Kelas Blog ABDR.

Dari wanita untuk wanita💋💋