2 December 2017

Pecahan dan Gandakan Pendapatan

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJb

Saya sering diingatkan, untuk dorong usahawan yang berniaga di platform niaga bersama untuk GANDAKAN SUMBER PENDAPATAN.

Sebagai contoh di Padi Mahsuri Night Bazar, kami menggalakkan konsep 3 serangkai:

+ Jualan secara retail
+ Jualan secara kolaborasi
+ Jualan secara online

Mengharapkan pelanggan datang selepas susun barang adalah satu kaedah biasa saja. Kita mahu jadi luar biasa!

Penganjur memang kena tarik pelanggan datang dengan pengisian hiburan DJ, kawasan menjamu selera dan branding. Namun tugasan menarik sejumlah pelanggan (funnel) untuk ditapis dan membeli di booth sendiri adalah kreativiti dan usaha pendiri bisnes itu sendiri.

Maka apabila masing-masing tahu tanggungjawab sebenar mereka, kerjasama itu akan jadi sangat bagus dan ekosistem akan berkembang.