3 December 2017

Kisah 1 BERTAHAN

Teks : Rasidah Othman

Sewaktu klinik itu dibuka di kawasan baru, penduduk berasa bertuah kerana kemudahan itu. Walau jiran sebelah belum ada.

Berbulan juga klinik itu bertahan. Klinik swastalah katakan. Harga mungkin agak tinggi berbanding klinik kerajaan. Namun sesuailah dengan kawasan elit di situ.

Tapi satu masa, klinik itu tutup. Papan tanda juga tiada. Sebulan selepas itu kedai lain sudah mula ada. Bermula kedai runcit, dobi dan terbaru pasaraya kecil.

Penduduk sudah mula berlegar di kawasan kedai itu. Dengan kedai makan yang baru dibuka. Ia amat meriah.

Klinik itu mahu sewa semula apabila melihat sudah meriah dan ramai. Namun akhirnya terpaksa menolak kerana harga sudah naik. Pengurusan klinik rasa ralat kerana tidak menyimpan modal lebih panjang untuk bertahan dan kini terpaksa mencari kawasan baru dan bermulalah semula pemasaran mereka mendapatkan pelanggan.