13 December 2017

Ekonomi Buat Ibu Buntu

Teks : Rasidah Othman

Ekonomi masa kini, pedihnya mendengar keluhan demi keluhan.

Kak Seed berada dekat dengan usahawan wanita, yang rapat dan selalu bertanya pendapat, pasti akan ada terselit keluhan. Mengeluh, susahnya kehidupan sekarang. Makan anak-anak terpaksa disekat-sekat, apatah lagi mainan. Suami sahaja bekerja kadang tidak dapat memyimpan, sikit-sikit bantu ibu ayah di kampung. Kadang bagi semakin kurang, kadang bagi lebih, tak tetap.

Sedih lagi, ada juga yang duduk sahaja di rumah, katanya tiada bajet untuk berjalan bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah tahun ni. Bila bercuti, fikir duit minyak, tol dan tempat penginapan, ditambah lagi kos untuk makan anak beranak.

Kadang kos bercuti dua hari, bagaikan belanja isi rumah untuk dua minggu. Kira-kira terus tak jadi nak pergi bercuti.

Kesian, sedih pula bila lihat anak-anak.

Ok, pendapat Kak Seed, ada banyak cara untuk kita rasa seronok. Cipta keseronokan, bukan hanya dengan bercuti bersama.

Cipta AKTIVITI KELUARGA, aktiviti yang menjimatkan yang boleh dilakukan di rumah atau pun diselitar kawasan tempat tinggal.

Yang penting, satu keluarga bersama melakukan aktiviti dengan gembira.

Jom, CIPTA KERIANGAN BERSAMA.

Boleh komen, antara aktiviti sahabat bersama anak-anak yang tidak memgeluarkan banyak duit. Kita bantu ibu-ibu yang buntu. komen tau!