27 December 2017

Cabaran

Teks : Rasidah Othman
BukakbonetJB , Penyedia Platform Niaga

Kak Seed dikelilingi usahawan jalanan. Di FB ada usahawan online pula.

Boleh dikatakan yang berada dalam friendlist Kak Seed adalah bisnes owner, founder produk, stokis, agen juga dropshipper. Semuanya hebat-hebat belaka.

Kadang, Kak Seed jenguk wall mereka-mereka ini, untuk selam dunia mereka, ambil tahu cabaran yang mereka hadapi.

Kalau di tapak niaga, Kak Seed jumpa, dan ada yang akan bercerita kisah-kisah dan pengalaman masing-masing.
Bila diimbas, ingat dan senaraikan satu-satu cerita, cabaran setiap usahawan ni, seakan-akan sama tetapi cara dan penerimaan setiap orang berbeza. Dan kadang, cabaran seakan sama, penyelesaian sama tetapi pencapaian dihujungnya berbeza.

Kesimpulannya, setiap apa juga yang dihadapi oleh setiap orang, walau nampak sama, kesannya pada setiap orang adalah berbeza.