14 December 2017

Datang Awal Pagi

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Para pelanggan boleh berkunjung seawal jam 8 pagi kerana cuaca masih teduh dan nyaman. Para usahawan kami sedia menyambut anda semua dengan senyuman mesra.

Konsultasi produk juga diadakan di tapak niaga.

Harus diingat bukan setiap minggu mereka akan ada dan akan bertukar-tukar. Pastikan anda memperolehi nombor telefon mereka dan mereka sebolehnya akan memastikan kehadiran bagi bermesra dengan pelanggan secara berdepan dan membina kepercayaan pelanggan melalui kehadiran mereka di sini.

Jom jumpa pada 15-17 Disember 2017 di sebelah Medan Selera Pasar Peladang, Skudai, Johor.

Jom!!


13 December 2017

Ekonomi Buat Ibu Buntu

Teks : Rasidah Othman

Ekonomi masa kini, pedihnya mendengar keluhan demi keluhan.

Kak Seed berada dekat dengan usahawan wanita, yang rapat dan selalu bertanya pendapat, pasti akan ada terselit keluhan. Mengeluh, susahnya kehidupan sekarang. Makan anak-anak terpaksa disekat-sekat, apatah lagi mainan. Suami sahaja bekerja kadang tidak dapat memyimpan, sikit-sikit bantu ibu ayah di kampung. Kadang bagi semakin kurang, kadang bagi lebih, tak tetap.

Sedih lagi, ada juga yang duduk sahaja di rumah, katanya tiada bajet untuk berjalan bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah tahun ni. Bila bercuti, fikir duit minyak, tol dan tempat penginapan, ditambah lagi kos untuk makan anak beranak.

Kadang kos bercuti dua hari, bagaikan belanja isi rumah untuk dua minggu. Kira-kira terus tak jadi nak pergi bercuti.

Kesian, sedih pula bila lihat anak-anak.

Ok, pendapat Kak Seed, ada banyak cara untuk kita rasa seronok. Cipta keseronokan, bukan hanya dengan bercuti bersama.

Cipta AKTIVITI KELUARGA, aktiviti yang menjimatkan yang boleh dilakukan di rumah atau pun diselitar kawasan tempat tinggal.

Yang penting, satu keluarga bersama melakukan aktiviti dengan gembira.

Jom, CIPTA KERIANGAN BERSAMA.

Boleh komen, antara aktiviti sahabat bersama anak-anak yang tidak memgeluarkan banyak duit. Kita bantu ibu-ibu yang buntu. komen tau!


10 December 2017

Membina Impian

Teks : Rasidah Othman

Kadangkala saja tunggu sampai peniaga habis kemas.

Satu masa berkata seorang peniaga yang agak susah buka dan tutup khemah berniaga jalanan. Bukan mengeluh, hanya memberitahu kepada saya.

Balas kepadanya..

"Pengalaman perit ini akan jadi sangat manis apabila Tuan sudah memiliki restoren besar 2 tingkat dengan 30 pekerja di mana Tuan mempunyai tapak letak Mercedes Tuan nanti. Cerita ini sangat menarik. Saya doakan Tuan"

Senyum terus dan ligat dia mengemas. Seolah esok dia 'sedang' membina impian itu.

Dorongan sesama sendiri itu lebih berharga.


8 December 2017

Ulasan Kelas Asas Blog ABDR

Teks : Rasidah Othman

Assalamualaikum dan selamat petang.

Suka nak khabarkan, hari ini Kak Seed berjaya menyelesaikan tugasan 44 entri. Tugasan selsesai setelah berjaya fokus pada satu-satu label yang mampu menarik minat pembaca nanti. InsyaAllah.

Jujur Kak Seed nyatakan, kekangan masa adalah masalah utama bagi Kak Seed untuk selesaikan tugasan yang diberi. Tetapi berkat desakan dan dorongan serta teknik-teknik yang diberikan oleh Puan Masayu Ahmad untuk memudahkan setiap peserta menyelesaikan tugasan masing-masing sangat membantu memudahkan urusan Kak Seed.

Tugasan setiap peserta yang berjaya melepasi setiap entri juga Kak Seed jadikan satu cabaran sebagai dorongan untuk membuktikan yang Kak Seed juga mampu lakukan seperti mereka.

Bergerak dalam satu kumpulan, bagaikan sokongan untuk diri. Kita tidak bergerak keseorangan, ada lagi wanita-wanita yang mempunyai masalah yang lebih besar berjaya juga lakukan latihan dan tugasan.

Setiap kali bersuara, Puan Masayu selalu ingatkan, latihan 44 entri selama 20 hari adalah langkah permulaan awal bagi melatih diri untuk menulis dengan lebih baik. Tulis dan terus tulis setiap aktiviti di buku  nota dan kemudian tulis kembali di blog apabila ada masa lapang.

Kak Seed menggunakan teknik, kemaskini aktiviti di facebook, dan pindahkan ke blog dengan applikasi Blogaway android version. Lebih mudah apabila semuanya dihujung jari.

Nyata sekali, hari-hari Kak Seed adalah bersama usahawan BukakbonetJB. Jadi catatan Kak Sees banyak tertumpu pada soalan mereka, cerita mereka juga cabaran mereka.

Kak Seed dan Bukakbonet. Sungguh sangat terharu bila, tugasan ABDR ini berjaya menjadikan Kak Seed lebih fokus dalam usaha bersama Bukakbonet.

Terima Kasih Puan Masayu Ahmad diatas usaha Kelas Blog ABDR.

Dari wanita untuk wanita💋💋


Bersungguh

KISAH TEKNIK CLOSING SALES BERJAYA ATAS PERBALAHAN SUAMI ISTERI:

Wanita itu tidak mahu guna ekzos itu. Bising! macam orang muda!

Sedangkan suami nak juga beli. Kereta VIVA. Lalu saya bertanyakan apakah Puan guna setiap hari? Pekerjaan Puan apa?

Saya fokus kepada PUNCA PENYELESAIAN. Sayea banyakkan berbual dengan isterinya.

Beliau guru dan nanti malu masuk sekolah sebab bising. Saya lihat si suami masih memegang ekzos itu dan saya biarkan. Saya tak perlu fokus kepada suami.

Lalu saya gunakan beberapa teknik:
............................................................

+ Bayangan realiti dan memiliki: bawa ekzos dan minta tunjukkan keretanya. Lalu saya letakkan ekzos di tempat ekzos dan minta dia bayangkan ke'henseman' itu. "Wow.cantik!", kata suami.

+ Selesaikan masalah isteri : Saya lihat tong tengah standard. Lalu saya katakan padanya.

" Saya jual 5 zigen ekzos ini RM50 saja. Di mana harga luar boleh cecah ratusan. PUAN dan TUAN (saya sebut Puan dulu) sudah jimat. Tinggal tambah beli silencer (penyerap bunyi) yang biasa di kedai potong dan bunyinya akan senyap. "

+ Saya tambah lagi.

" Penggunaan ekzos sebegini dapat melancarkan pergerakan dan straight piping akan dapat mengelakkan tersumbat ". Saya berikan banyak kelebihan menggunakan ekzos sebegini.

Saya juga berikan cadangan bengkel sesuai yang murah dan berdekatan kawasan perumahannya.
......................................
Sebenarnya jika saya duduk saja di booth dan tidak bersungguh memberikan bantuan penerangan kepada pelanggan yang percentage pembelian 50-50 itu..saya akan kalah.

Saya lebihkan SERVIS dan KONSULTASI. Akhirnya ekzos itu berjaya dijual dan saya dapatkan suratkhabar lama untuk alas ekzos di bahagian simpanan bonet belakang.

+ Tahu siapa mempunyai KUASA BELI
+ Kenalpasti apa masalah yang mesti diselesaikan
+ Bersungguh membantu
+ Berikan bayangan memiliki
+ Nyatakan kelebihan
+ Berikan perbandingan keuntungan (Dia cikgu Matematik dan dia WANITA!)
+ Tambahnilai ( Suratkhabar alas ekzos )

Semoga bermanfaat kepada yang mahu tahu.


Kau dan Aku

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Moment sebegini biasa ada di CbsPeladang.
Pengorbanan atau kegembiraan, mereka sahaja yang merasainya.
.
Seronok, bila rakan bukan dari kalangan jiran mahupun saudara mara terdekat.

Mereka berkawan, berkongsi mainan dan pengalaman yang sama. Tertolak, tertumbuk itu perkara biasa. Tapi taka da pun ibu ayah yang berkecil hati. Masing-masing faham, moment kegembiraan dan kehidupan anak-anak begitulah. Belajar kehidupan di tapak niaga.

Belajar bersabar dan berkawan dengan kasih sayang sesama usahawan.

Sungguh...ini rare!


Ini CbsPeladang

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Ini di CbsPeladang.
Berniaga jalanan santai, biasanya peniaga diserbu pelanggan secara berperingkat.

sedikit-sedikit, tetapi kerap.

Bermula jam 8 pagi sehingga jan 12 tengahari.
Tetapi ada diantara mereka sudah berada di sini seawal jam 6.30 pagi, sesuaikan kehadiran pelanggan yang ke pasar diawal pagi.

S A L U T E perjuangan mereka.


7 December 2017

Ini Padi Mahsuri Night Bazar


Teks : Rasidah Othman
Gambar :Bukakbonet JB

Ini di Padi Mahsuri Night Bazar satu-satunya tapak niaga harian dibawah pengurusan Bukakbonet JB.

Bazar ini hasil usaha kerjasam anjuran KRT Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda yang dikendalikan sepenuhnya oleh Tim Pengurusan Tapak Niaga Bukakbonet JB.

Tim Pengurusan Tapak Bukakbonet JB diketuai oleh Kak Seed sendiri dengan penasihat kekal Tuan Mohd Noor Azam b Ateh, Pengasas BukakbonetJb.

Tim Pengurusan Tapak niaga di kuatkan lagi oleh tim pemasaran dan tim jualan, masing-masing dipegang oleh 4 orang kakitangan tetap beroperasi secara online dari rumah. Tim ini dibantu oleh seorang crew tetap Padi Mahsuri Night Bazar dan anggota jualan bebas yang menjalankan tugas dari tapak ke tapak.

Susah ke nak berkerjaya bersama Bukakbonet JB?
Tidak, kami hanya perlukan komitment dan pengorbanan masa tidur anda, kerana masa kerja adalah bebas dan mesti hadir mesyuarat bebas yang biasanya diadakan bila-bila masa sahaja.

Jom ke Padi Mahsuri Night Bazar, menjamu selera bersama tim kami.


5 December 2017

Terus Belajar

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Fuza buat promosi produk terbaru. Hari-hari post ke FB personal. Gigih.

Tapi bila Fuza buka kedai, orang tak ramai datang singgah. Fuza pelik sampai tuduh peniaga lain dengki kedai dia.

Sekali bila dia cek semula, post iklan FB nya hanya 5-6 orang like. 3 orang komen. Itupun dari kalangan saudara dan orang luar negeri.

Fuza mula kumpulkan FB pelanggan yang suka produknya. Dia buat kajian. Dia kenalpasti pelanggan yang dalam sasaran. Lalu dia add friend.

Cara post di FB juga berubah. Fuza tidak banyak iklan menjual. Dia banyak kongsi kelebihan produk, testimoni secara video, tips dan sesekali macam bercerita. Fuza rasa seronok sebab tambahan like dari follower dan dari situ Fuza kategorikan mereka dan hantar mesej.

Sekarang Fuza lagi suka berniaga dengan ilmu.


Pengurusan Kos

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJb

Yaya selalu ke restoren itu. Makanannya sangat murah. Pelik sebab harga barang makin naik tapi restoren itu boleh kekalkan harga.

Apa yang dia perasan, lauk di restoren itu pelbagai. Jika ayam, ada 5 jenis lauk. Ayam masak merah, ayam kicap, ayam kari dan sebagainya. Ada juga jualan nasi ayam. Memang meriah. Jika ikan kembung begitu juga. Pelbagai lauk daripada ikan kembung.

Setelah dikaji itulah punca harga dapat direndahkan. Pengusaha membeli borong ayam dengan banyak dan harga dapat lebih rendah. Kemudian kepelbagaian jenis menu dapat dibuat. Pecahan itu beri kelebihan kepada pelanggan.

Itu rahsianya. Ilmu pengurusan kos.

Siapa baru tahu?


Tugasan Tim Pemasaran

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Kami di BUKAKBONETJB sering melakukan pendekatan berbeza bagi memberikan perkongsian ilmu jalanan.

Samada secara post ayat, storytelling, iklan, poster, infografik, lower banner dan yang terbaru video konten.

Yang berniaga dapat rasa, yang belum berniaga dapat juga tempias. Terima kasih tim pemasaran kami yang selalu mengemaskini informasi ini.


4 December 2017

Jom berbukakbonet

Bagi yang baru nak berniaga, jangan fikir matematik niaga itu semudah hembus nafas saja.

Kita minat barang itu atau RASA orang suka, maka kita niaga juga.

Modal satu barang RM1, jual RM5 maka untung RM4. Ini juga kiraan yang bisa buat kita pitam hujung bulan.

Contoh jika berniaga Car Boot Sale RM10.

RM10 adalah caj tapak bagi urusan sewaan pemilik, lesen kelompok, promosi, pekerja pembersihan dan pengurusan dibayar kepada penganjur.

Abu niaga secara Car Boot Sale RM10.
.
Kos lain:
Duit minyak pergi/balik RM5.
Makan RM10
--- Maka kos upah, Abu anggap sebagai gaji RM15 sekali niaga.

Jumlah kos RM25 (RM10 duit tapak+RM15 upah)

Kos ini mesti dimasukkan dalam kiraan nanti.
...............
Hasil jualan RM200
Kos barang RM50
Untung kasar RM150

Untung kasar (RM150) - kos asas (RM25)
= Untung bersih RM125 untuk hari itu.


Promosi Lagi?

Sebuah Car Wash mahu adakan PROMOSI sempena pembukaan cawangan di Gelang Patah. Pemilik memasang strategi.

100 pelanggan pertama akan dapat PERCUMA CUCIAN.
( 1 nilai cucian RM10, maka kos promosi adalah RM1,000)

Setiap pelanggan (100 orang tadi) perlu mendaftar kad keahlian dengan harga RM50 (Dapat free gift sekali) dan selepas itu setiap cucian, akan dapat diskaun RM1.00. Jadi hanya perlu bayar RM9.00.

100xRM50 = RM5,000
RM5,000-RM1,000 (kos promosi) = RM4,000

Katalah daripada 100 itu, 80 orang akan datang semula setiap 2 minggu sekali untuk cucian bernilai RM9.00 sekali cuci.

Maka setiap bulan 80 orang pasti akan mencuci belum dikira keuntungan daripada WALK IN customer.


Promosi?

BELAJAR TENTANG 'PROMOSI':

Maksud PROMOSI adalah pengiklanan produk, servis, jenama bagi agar sampai kepada pelanggan sasaran yang dikehendaki.

Tujuan :
+ Menyebarkan sesuatu yang baru
+ Meningkatkan jualan dan membuka permintaan
+ Mengukuhkan jenama

Ia mesti merangkumi Produk, Tempat, Alat Pemasaran & Harga.

Promosi BUKAN menjual. Ia adalah bertujuan menerangkan kelebihan dan keunikan berbanding produk/servis orang lain.

3 kaedah:
+ Fizikal - promosi di booth, bazar, car boot sale, kedai
+ Tradisional - Suratkhabar, banner, bunting, flyer, kad bisnes
+ Digital - Instagram, facebook, Instagram, Landing page, Website, Wechat, Whatsap, Email dan banyak lagi

Teknik:
+ Jualan peribadi - Jualan terus secara face to face
+ Pengiklanan - Secara tradisional atau digital
+ Promosi jualan - Sampel, peraduan, loss leader, flanking, kupon, cabutan bertuah
+ Pemasaran terus - Flyer, website, facebook, poster, cold calls.

Lakukan promosi dengan kaedah yang betul dan pastikan pelanggan sasaran TAHU tentang usaha kita itu. Jika tidak ianya sia-sia.


3 December 2017

Kisah 1 BERTAHAN

Teks : Rasidah Othman

Sewaktu klinik itu dibuka di kawasan baru, penduduk berasa bertuah kerana kemudahan itu. Walau jiran sebelah belum ada.

Berbulan juga klinik itu bertahan. Klinik swastalah katakan. Harga mungkin agak tinggi berbanding klinik kerajaan. Namun sesuailah dengan kawasan elit di situ.

Tapi satu masa, klinik itu tutup. Papan tanda juga tiada. Sebulan selepas itu kedai lain sudah mula ada. Bermula kedai runcit, dobi dan terbaru pasaraya kecil.

Penduduk sudah mula berlegar di kawasan kedai itu. Dengan kedai makan yang baru dibuka. Ia amat meriah.

Klinik itu mahu sewa semula apabila melihat sudah meriah dan ramai. Namun akhirnya terpaksa menolak kerana harga sudah naik. Pengurusan klinik rasa ralat kerana tidak menyimpan modal lebih panjang untuk bertahan dan kini terpaksa mencari kawasan baru dan bermulalah semula pemasaran mereka mendapatkan pelanggan.


2 December 2017

Pecahan dan Gandakan Pendapatan

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJb

Saya sering diingatkan, untuk dorong usahawan yang berniaga di platform niaga bersama untuk GANDAKAN SUMBER PENDAPATAN.

Sebagai contoh di Padi Mahsuri Night Bazar, kami menggalakkan konsep 3 serangkai:

+ Jualan secara retail
+ Jualan secara kolaborasi
+ Jualan secara online

Mengharapkan pelanggan datang selepas susun barang adalah satu kaedah biasa saja. Kita mahu jadi luar biasa!

Penganjur memang kena tarik pelanggan datang dengan pengisian hiburan DJ, kawasan menjamu selera dan branding. Namun tugasan menarik sejumlah pelanggan (funnel) untuk ditapis dan membeli di booth sendiri adalah kreativiti dan usaha pendiri bisnes itu sendiri.

Maka apabila masing-masing tahu tanggungjawab sebenar mereka, kerjasama itu akan jadi sangat bagus dan ekosistem akan berkembang.


Mencuba

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Apakah maksud MENCUBA dalam bisnes?

Apa jua perkara pertama dalam bisnes memang takut untuk kita tempuh. Bagus rasa takut itu kerana kita lebih berhati-hati. Perasaan itu akan membuatkan kita peka.

Proses ini dipanggil validasi. Cuba untuk berniaga lempeng rojak. Cubalah dengan berstrategi.

+ Buat dalam kuantiti sedikit
+ Tanya feedback pelanggan
+ Lakukan pemasaran kepada random target
+ Retargetting kepada pelanggan khusus
+ Simpan data dan lihat selalu
+ Buat analisis penerimaan pelanggan
+ Laksanakan jika betul dan waktu itu spend sehabisnya.

Elakkan:

+ Takut melampau tapi belum apa-apa sudah meminjam
+ Berniaga sekali sekala
+ Tiada simpanan data pelanggan dan respon
+ Kurang promosi untuk hebahan mendapatkan respon
+ Cepat putus asa sebelum ada pelan pemasaran sebenar merubah strategi.

CUBALAH JIKA KITA TAHU APA YANG KITA MAHU.


1 December 2017

SERVIS HASILKAN VIDEO KONTEN

Teks : Rasidah Othman
video : Seed Rasidah Othman

✔️ Mahu tingkatkan 'awareness' bisnes anda?
✔️ Mahu gandakan jualan?
✔️ Mahu orang suka dan kenal bisnes anda?

Video Content menjadi viral dan trend sekarang ini.

Mahu kami buatkan untuk anda?

Bukan RM100!
Bukan RM80!
.
.
Tetapi hanya dari RM50 sahaja!
.
Komen 'Saya Mahu' di bawah untuk mendapatkan harga RM50 sahaja.
.
****************
IKUT PANDUAN INI
****************
.
1. Share post ini ke wall anda
2. Komen 'Saya Mahu'
.
Dan anda layak mendapat harga promosi RM50 ini hingga jam 12 tengah malam esok sahaja.

Video Konten daripada BUKAKBONETJB.


Bicara Usahawan 1

Dalam menghasilkan lagu yang juara dan menjadi legend, suara saja tidak cukup. Mesti komposer dan penulis lirik yang bagus. Itu belum cukup.

Jenama artis mesti dinaiknilai. Branding itu penting. Ada imej yang diminati oleh peminat khusus nanti.

Itu juga belum jadi. Promosi mesti tepat dan kena sasaran peminat yang disasarkan. Perlukan media, online, radio dan banyak lagi.

Begitu juga dalam berniaga atau berbisnes. Kita perlukan pasukan besar itu. Mana mungkin mampu kitalah penyanyi, pengurus, pakar promosi dan sebagainya seorang diri atau pastinya perlu modal besar.

Lakukan kolaborasi sekarang. Jika tidak mahu, berniagalah seorang diri di pilihan kawasan Tuan dan Puan.

Terima kasih atas perkongsian terbaik. Kiasan yang penuh bermakna.


Menjual dan Berniaga

TAHU SELESAIKAN MASALAH lebih bagus daripada MAHU MENJUAL BILA BERNIAGA.

Restoren: Selesaikan masalah pelanggan yang mahu selesa makan di luar dan tidak masak di rumah

Baju kanak-kanak: Selesaikan masalah ibubapa yang mencari pakaian selesa dan menarik terkini biar anak mereka dipuji orang

Kosmetik: Selesaikan masalah wanita yang segan apabila keluar rumah..

Itu asas saja. Ada pecahan lagi. Kita ambil kosmetik.

Tujuan asal: Wanita nampak cantik.

Untuk apa? Dipandang orang/dipuji/dapat jodoh/yakin menghadapi klien besar

Masalah pelanggan :
.
+ Mahu mekap cepat sebab selalu lambat bangun dan nak kerja
+ Mahu mekap pantas dan simple sebab setiap jam akan berjumpa klien
+ Mahu cantik natural di hadapan suami agar suami selesa dan terpikat

Macam-macam. Tapi bagaimana nak tahu?

+ Kenal kekuatan dan kelemahan produk sendiri.
+ Tahu kekuatan dan kelemahan produk pesaing
+ Kenali pelanggan. Yes! itu kata kuncinya. Tak kenal macamana nak suruh dia beli? Pelanggan tak suka disuruh.

Akhirnya tak perlu sebut, "Kak, singgah beli kak"..Dia akan datang sendiri dan beli tanpa kita paksa pun.


Makluman Awal Sebelum Berniaga

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB


Iklan Daftar Niaga

Nak berniaga kena tahu bagaimana caranya dan baru boleh kaya.

Di sini kami kongsikan kepada anda tips itu.
...................

Penyertaan tapak niaga Car Boot Sale Peladang, Skudai minggu ini 01 Disember-03 Disember 2017.
.
Klik sini untuk daftar segera:
.
wasap.my/60135983568/cbsp
.
wasap.my/60127906584/cbsp
.
wasap.my/601128819432/cbsp

Like page : https://www.facebook.com/CarbootsaleMurahJohor/


PENGORBANAN SEORANG PENIAGA JALANAN


Di Bazar BBGP ada sepasang usahawan suami isteri yang menjual pakaian T Shirt RM10 sehelai. Mula-mula satu booth,kemudian anjak ke 2 booth.

Pelanggan setia beliau warga asing. Mereka tahu market untuk produk mereka. Saya nampak strategi mereka bila berniaga (kalau mahu tahu,kena datang dan lihat sendiri)

Minggu lepas anak kecilnya dimasukkan ke hospital. Saya kirakan ini mesti tutup 'kedai'. Rupanya hanya isteri saja yang menjaga. Si suami kekal berniaga. Apabila saya tanya mengapa?

"Keluarga penting. Tapi saya susun biar isteri jaga. Tenaga saya kuat. Saya boleh sambung jaga anak lepas niaga. Tapi mahu kekalkan KEPERCAYAAN PELANGGAN agar mereka tahu Jumaat-Ahad,kami tetap akan buka. Saya mahu jaga pelanggan. Isteri boleh jaga anak."

Dan kerana itu,anggaran purata 3 hari boleh cecah RM3K sales mereka.

Cubalah layanan mereka yang tip top walau harga produk RM10. Mereka beri buying experience yang bernilai daripada harga produk. Saya juga salah seorang pelanggan setia.

Berkenalan dengan usahawanita, Erra Nadira!

Layari www.bukakbonetjb.com