30 November 2017

Rugi Kalau Tak Baca

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJb

"Ahmad, lu berniaga banyak bagus ha. Ada pakai tangkal ka?"
"Hissh Ah Seng, mana ada. Gua guna strategi baik punya"
"Kasi celita sama gua"

Ahmad menjual pakaian kanak-kanak berumur 5-12 tahun saja. Pakaian baju tidur (Fokus Niche khusus produk). Ini adalah produk utama. Dia bahagikan jenis biasa dan premium dari segi kualiti dan harga.

Setiap minggu dia akan pastikan baju itu terjual kerana dia akan cycle new design setiap Khamis. Bagaimana?

Pastikan 'tempat' jualan itu pelbagai. Memang dia berniaga di Padi Mahsuri Night Bazar, tetapi dia juga buat konsep consignment dengan peniaga di bazar dan car boot sale lain, jualan online, pasang agen dari kalangan suri rumah, cikgu tadika dan ahli persatuan Usahawannya. Tujuannya agar tempat jualan tidak terhad dan akan terjual serentak.

Ahmad beruntung kerana kos tapak amat murah dan dia bayar untuk sewa pengurusan tapak saja seperti elektrik, stor, lesen dan promosi sampingan. Bisnes dia, dia uruskan sendiri. Be a leader. Create his own follower.

Design baru akan menarik repeat customer untuk beli lagi dan lagi. Ada diskaun diberikan dengan memberikan membership card.

Di tapak bazar sendiri, beliau masukkan pelbagai kategori produk:

1. Loss Leader
2. Produk sampingan
3. Produk premium
4. Produk kolaborasi

Ada jenis produk dia ambil consigment. Janji dia mahu boothnya penuh dan berwarna-warni. Kanak-kanak suka yang colourful.

Setiap hari gaji, dia akan buat promosi aktiviti seperti pakaian beragam, selfie contest dan sebagainya. Dia tidak rugi. Malahan pelanggan suka dan terus beli serta rekomen kepada kawan lain.

Ahmad bina funnel pelanggan dan filter mereka kepada beberapa kategori untuk mudah dia sampaikan iklan kepada setiap kategori.

Gandakan sumber pendapatan bukanlah menaikkan harga!

Apakah kita sudah cukup usaha untuk bisnes kita sendiri? tanya diri sendiri dan renungkan.


28 November 2017

Iklan - Jumpa dan Bincang

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJb

Tuan dan Puan dijemput untuk ke Coffee Session di Padi Mahsuri Night Bazar malam ini. Bincang terus dengan kami di sini bagaimana kita boleh bersama menaikkan bisnes Tuan dan Puan melalui platform niaga murah ini.

Lokasi : Padi Mahsuri Night Bazar, Bandar Baru Uda,JB
Tarikh : Selasa, 28 November 2017
Masa : 7.30pm-11pm

WALK IN DISCUSSION.

Untuk info lanjut, sila klik sini : wasap.my/60135983568/coffeesession


Berhati-hati Menulis

Peperangan besar meletus hanya kerana SEBATANG PAKU.

Paku..apa ada pada paku?
.
Kerana sebatang paku, ladam kuda tidak dapat disiapkan.

Apabila ladam tidak dapat disiapkan, kuda tidak dapat keluar berlari.

Apabila kuda tidak dapat berlari, utusan tidak dapat disampaikan.

Kerana utusan tidak dapat disampaikan, perangpun meletus.
....................
.
Jaga-jaga dalam apa yang kita tulis di media sosial. Sangka kita hanya kerana perkara kecil dan tiada kaitan. Namun mungkin kesannya akan lebih besar apatahlagi masing-masing ada pendapat sendiri samada positif atau negatif.

Cerita tambah diselangseli bagi menyedapkan cerita. Akhirnya tersebar luas dengan rencah dan tambahan perasa.

Sebab itu ada panduan apa perlu dilakukan apabila mendengar cerita tidak elok. Saham itu takkan berhenti selagi cerita tambahan tersebar dan teori berlanjutan akibat cerita asal yang kecil saja.

Jaga-jaga sahabat. Elakkan peperangan kerana hanya sebatang paku.

#sayangsemuaorang


Sistem Mudah Harian

Teks : Rasidah Othman

Pengurusan bersistem.

Aktiviti harian yang dilakukan dengan cara yang sama berulang-ulang bagi setiap tugasan.

Bahasa mudah bagi yang masih kurang tahu maksud S.O.P.

Aktiviti Simpanan Resit

Kak Seed membuat pembelian barang secara tunai.
1. Tunai bertukar tangan dengan penjual.
2. Penjual memberi RESIT bukti pembelian.
3. Kak Seed simpan RESIT didalam 'BEG'
4. Sampai rumah Kak Seed tampal RESIT dan failkan.
5. Terus REKOD didalam buku tunai.

Setiap kali pembelian berlaku, langkah ini akan berlaku.

INI SISTEM, sistem merekod bagi Kak Seed.
nak bersistem bukan perlu modal besar beli software mahupun applikasi.

Yang penting RAJIN.

ok...say I love you Kak Seed. 😄😄😄😄


27 November 2017

Festival Makanan Ori Thai

Teks : Rasidah Othman
Gambar : Rasidah Othman

Mengunjungi Festival Makanan Thailand di A Mart Kempas Johor Bahru. Sebenarnya mahu mengopi dengan beberapa usahawan dan sengaja saya pilih sekitar sini.

Banyak makanan Thailand dan tak pernah saya cuba. Belilah sedikit untuk jamah. Saya turut membeli Miang Kham kerana teringat dan rindu Tuan Mohd Fuad Rajudin yang memperkenalkan saya menu itu.

Tak tahu nak menyebut juadah yang dibeli. Tetapi boleh tahan sedap dan tidak lupa juga, kegemaran saya..jeruk dan asam menjadi pilihan.

Berlangsung hingga Ahad ini. Bolehlah berkunjung nanti jika ada kelapangan.


26 November 2017

Penjagaan Muka

Teks : Rasidah Othman
Gambar : Rasidah Othman

Kita sudah ucapkan selamat malam cinta.
.
Tapi jangan sampai terlupa, Ahad adalah hari santai kita scrub dengan FuzaBeauty Face Scrub.
.
Seminggu berurusan luar, seminggu juga kulit terdedah pada pancaran matahari.
.
ada sel baru yang tumbuh dan akan ada juga sel kulit yang kusam, kasar yang perlu disingkirkan. Bekas parut boleh pudar dengan proses scrubing ini.

Istimewa scrubing ini, kulit jadi lebih cerah dengan bantuan argan oil, avocado oil juga rice bran oil.
.
Berkesan untuk Kak Seed, sebab sudah ada yang perasan, kesan pada kulit ini.
.
Ditambah dengan bantuan khidmat nasihat Beautician Puan Erra Nadira dan tambahan beberapa produk yang sesuai kulit muka Kak Seed yang bermasalah ni.
.
Malam ini, Kak Seed macam rajin sikitlah nak scrub pipi tembam teman sebilik Kak Seed.😄😄😄😄
.
Jangan minta Kak Seed buat live video.
.
Kak Seed belum bersedia untuk nak buat live lagi.
.
hahahaha.


Keterujaan Berniaga

Bazar BBGP, Lubuk Bundle.
.
Jualan bundle sangat mendapat perhatian di tapak yang ini.
keterujaan pengunjung dan peniaga memang sangat terserlah.
.
yang datang buat pertama kali, pasti akan datang lagi dan lagi, sebagai pembeli juga sebagai usahawan.

Jom...ajak ramai lagi rakan-rakan.
Cuti sekolah nak jual barangan terpakai juga kami alu-alukan, di Bazar BBGP, penjimatan berganda.


25 November 2017

Usahawan CbsPeladang

Teks : Rasidah Othman
Gambar : Bukakbonet JB

Perkongsian dan tips daripada rakan usahawan hari ini, Kak Seed simpulkan :

+ Konsisten wujudkan pasaran sekeliling dahulu berbanding luar. Ada bukti profil bagus bisnes apabila mahu lebarkan sayap.

+ Kenali SIAPA PELANGGAN sendiri. Lebih mudah berbanding mencipta pelanggan baru.

+ Jaga pelanggan dengan servis menawan dan yang paling mudah, bina kepercayaan dengan wujudkan kedai fizikal murah dan mudah di CBS Peladang!

Terima kasih kepada semua usahawan terlibat hari ini.

Sabar dalam perjuangan. Kota Rom juga terbina dengan konsisten melalui seketul batu saja.


24 November 2017

Pilihan dari Mereka

Teks : Rasidah Othman
Gambar : Koleksi Peribadi

Sebagai orang yang paling rapat dengannya, saya suka perhatikan caranya.

Beliau tidak akan suka-suka untuk memberi 'sesuatu' kepada peniaga dan apabila dia beri, balik nanti dia akan buat satu folder di laptop untuk menulis semula tentang peniaga yang baru saja di approach. Ada catatan dan karangan khusus untuk peniaga itu sebagai rekod ingatan beliau.

Tapi bukan semua. Jadi saya pelik. Apakah dia pilih kasih mendidik para usahawan BUKAKBONETJB?

Lalu saya bertanya, mengapa dia memilih?

"Saya tidak memilih. Mereka yang ada pilihan samada mahu tahu atau sekadar menjadi stalker dan faham ikut pemahaman mereka. Tidak semua orang suka untuk dikongsikan ilmu dan tips dan tidak semua suka mahu seperti diajar-ajar. Jadi saya hanya beri kepada yang meminta dan bersungguh.

Rekod itu agar saya tidak lupa tentang diri mereka dan apa yang telah dikongsi. Mudah untuk saya pantau dan tumpang tegur jika mereka pinta sekali lagi"

Ooohhh...faham. Nasib baik saya ni awak yang pilih!


Hubungan Kerana Wanita

Teks : Rasidah Othman
Gambar : Koleksi Rasidah Othman

Bila berguru kerana wanita.
Dan ramai wanita lain mendapat manfaat.

Maka terhubung dua hubungan yang mampu menyebar pelbagai kebaikan kepada lebih ramai wanita. Hubungan tersebut adalah hubungan yang berpanjangan hingga ke syurga. InsyaAllah.

Hubungan seorang guru kepada anak didikannya.
.
Semoga membawa seribu kebaikan kepada lebih ramai wanita diluar sana yang berada di sekeliling Kak Seed khasnya.
.
Berkasih sayang.


23 November 2017

IKLAN BukakbonetJB

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Setiap minggu kami menyediakan 3 lokasi para pelanggan untuk bebas memilih lokasi yang sesuai dan setiap lokasi mempunyai keunikan tersendiri.

Kami juga mempelawa Tuan dan Puan yang ingin membuka tapak sebegini di kawasan anda, boleh PM kami untuk perbincangan dan kami akan bantu bagaimana Tuan dan Puan dapat wujudkan satu peluang kepada penduduk Taman atau Kawasan anda.

Tingkatkan ekonomi penduduk setempat dan bongkar kepakaran mereka!

Hubungi kami untuk perbincangan.

Jumaat ini akan bermula kembali selama 3 hari Car Boot Sale Peladang Skudai, Johor.

Jumaat-Ahad
24-26 November 2017
8 pagi-12 tengah hari


TENGOK VIDEO INI

VIDEO : BukakbonetJB


Kisah Pendek 1

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Suib baru berhenti kerja dan berniaga.

Leman terserempak dengan Suib dan bertanya, "Mengapa berhenti kerja dan berniaga?"

"Bila niaga ni, aku suka dan bangga sebab jadi bos besar. Orang panggil aku tokey. Tiada orang boleh suruh aku buat itu dan ini macam dulu."

Tetiba pekerja Suib sampai.

"Bos, Datin suruh bos siapkan desain baju tu. Dia tak mahu saya yang buat. Lepas itu petang ni kita kena buka kedai makan bos awal sebab ada pelanggan dah komen di FB, kita asyik tutup kedai makan  je sebab nak siapkan tempahan datin tu"

Siapa Boss?

Kenangan Peniaga Jalanan 1


Pernah berlaku di satu tapak Car Boot, lelaki itu meminta plastik hitam untuk baju bundle yang dibelinya. Kalau boleh tak mahu orang nampak.

Yelah, selalu beri plastik merah atau transparent tu.

Peniaga itu beri saja (kebetulan ada saiz kecil) dan lihat saja orang itu. Memang dia beli banyak helai. Tapi tak murah juga bundle rare itu. Lelaki itu memberitahu..
.
Segan beli bundle bila orang lihat nanti sebab dia tinggal di kawasan itu yang agak elit.

Tip terbaik jika mahu golongan elit ini membeli, dan bantu merahsiakan apa yang dia, tak teragak-agak untuk dia beli lebih banyak.


Konsisten Setiap Hari

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Serius sangat kagum dengan peniaga yang berniaga jalanan, tugasan harian kena buka tutup tepi jalan.

Macamana keadaan tempat waktu buka, begitu juga waktu tutup. Khemah dibuka dan tutup. Produk yang disusun cantik dan berseni kena masuk dalam kotak semula. Banner dan bunting mesti dicabut.

Berani nak tinggal? Kalau tak hilang disebat mat pit, PBT angkut dan satu kerja lain membayar denda yang tinggi.

Penganjur pun kena pastikan keadaan bersih dan terkawal. Tidak boleh ada sebarang tanda tertinggal atau kesan akibat peniaga jalanan. Namun jika sudah lama, beberapa tambahbaik boleh dimohon seperti signboard, lampu hiasan dari pokok ke pokok dan semua itu bukan percuma. Mahu tutup jalan pun kena bayar permit.

Cabaran orang jalanan. Kerjasama itu kena ada antara mereka. Jika tidak, punahlah segala rancangan.

Terus bergerak bersama-sama. Konsisten untuk terus mengukir nama, di jalanan itu.


22 November 2017

dari Online ke Offline dengan BukakbonetJB

Teks : Rasidah Othman

Dari online ke offline dengan BukakbonetJB.
Dari online di Facebook dan memilih CbsPeladang sebagai platform pertama memulakan perniagaan offline.

Terlalu banyak rekod dan senarai nama usahawan yang sudah mampu mengembangkan bisnes kecil-kecilan jalanan dengan memiliki premis ataupun kedai sebagai stor untuk tumpuan pelanggan berulang, yang bermula dengan cuba-cuba di CbsPeladang.

CbsPeladang adalah antara tumpuan peniaga-peniaga kecil memilih untuk mengumpulkan data base dan menumpukan pelanggan alam maya ke satu tempat sebagai tempat berlaku traksaksi jual beli.
Bermula di facebook hanya dengan memaklumkan rakan taulan yang produk mereka berada di CbsPeladang buat rakan yang berada di kawasan terdekat untuk hadir sama sebagai pelanggan setiap hujung minggu.

Yang berilmu dan berpengalaman akan memastikan pelanggan pulang dengan produk mereka bukan hanya dengan memberi hasil jualan tetapi detail peribadi, nombor telefon dan nama akaun facebook pelanggan untuk kekal terus berhubung dari masa kesemasa.

Itulah istimewanya CbsPeladang, platform mudah yang berbaloi bagi memperkenalkan produkmasing-masing di kawasan setempat.


20 November 2017

Kasih Sayang

Teks : Rasidah Othman
Gambar : Bukakbonet JB

Di mana kasih sayang,
bila mana wanita menjadi punca kesedihan seorang wanita?

Dunia ini kejam, atau wanita yang kejam.

Dilihat cantik, cemburu.
Dilihat berjaya, cemburu.
Dilihat bahagia, cemburu.

Mengadu resah, disindir
Menangis payah, diketawakan
Dirundung murung, lari.

Dalam sejuta,
kalau memang akan hanya ada satu,
wanita yang mampu membuatmu tersenyum.

Aku mahu menjadi wanita itu!


Wanita Ber Bukakbonet

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

90% golongan yang sering menyertai CBS PELADANG adalah wanita. Tapi ini antara golongan yang terlibat:

1. Suri rumah
2. Wanita bekerjaya
3. Wanita berniaga sepenuh masa
4. Wanita yang mempunyai produk sendiri dan mahu validasi produk masing-masing
5. Wanita yang sudah ada premis namun menjadikan CBS aktiviti pemasaran luar
6. Gadis pelajar berkumpulan mencari pendapatan sampingan saraan hidup
7. Ibu tunggal yang berjuang dalam hidup

Golongan yang berusaha untuk menambahbaik pendapatan keluarga, sambil mengisi masa bersama anak-anak.


Fikir Sebaiknya

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbobetJB

Berada dalam kalangan peniaga jalanan, Kak Seed faham susah senang seorang peniaga bagi memulakan satu-satu bisnes.

Jadi, kami sememangnya. Tidak pernah meletakkan bayaran tempahan dengan nilai pendahuluan untuk masuk niaga di bawah pengurusan BukakbonetJB.

BukakbonetJB semampunya cuba untuk memudahkan urusan setiap peniaga yang berminat untuk berniaga bersama kami.

Dan kami hanya mengharapkan, selepas bayaran penglibatan kami terima, usahawan jalanan memberikan komitment untuk hadir niaga pada hari dan masa yang telah ditetapkan.

Mudahkan?
Sangat mudah.

19 November 2017

Car Boot Sale - Konsep Niaga yang Comel

Teks : Rasidah Othman
Gambar : Koleksi Usahawan.

Comelnya booth dia.
Ini di CbsPeladang Skudai.
Dari tak ada payung, sekarang sudah ada payung.

Dihias comel, terpegun Kak Seed memandangnya, bagi pelanggan sudah pasti akan tertarik untuk berhenti.

Bila sudah dikunjungi, lakukan tugasan menjual sehabis baik.


16 November 2017

Anak Peniaga Jalanan

Teks: Rasidah Othman
Gambar : Bukakbonet JB



Jika anak sedang bercuti menjadi masalah untuk dibawa bersama ke tapak niaga, kali ini tidak lagi.

CbsPeladang adalah kawasan yang selamat buat kanak-kanak bergaul sesam mereka, bersahabat dan melihat situasi-situasi hebat ibu mereka menhasilkan jualan setiap hujung minggu.

Berada di dalam kawasan berpagar, selamat dari laluan awam kenderaan dan terkepung dikelilingi barisan usahawan carbootsale.

Peluang ini kaim galakkan usahawan untuk membawa anak-naka yang berumur 5 tahun dan keatas, untuk bersama-sama menjalankan jualan, aktifkan minda berinteraksi sesama usahawan itu sendiri, dan bonus andainya sudah mahir mengira.

Kita bukan mengambil peluang menggunakan kanak-kanak. kita menggalakan kanak-kanak belajar berinteraksi dengan orang awam dikhalayak ramai, dan belajar berniaga dengan cara melihat.

Ok..cakap yang baik-baik, sepanjang hari cuti sekolah di CbsPeladang, kita akan dibanjiri kanak-kanak hebat anak peniaga jalanan.

Saya dan Tim Bukakbonet JB mendoakan yang terbaik bagi yang menyahut cabaran ini.



Promosi Akhir Tahun - Kawtim

KAWTIM DALAM BERNIAGA!

Peniaga-peniaga ini mereka kuat semangat setiakawan dan selalunya mereka akan seronok dan tidak sabar berniaga jika ada rakan yang sporting dan bersemangat.

Malah ada yang kena kutuk jika sudah berjanji berniaga tapi tak datang. Hahaha..siaplah kena bahan dengan member.

BUKAKBONETJB mahu anda #KAWTIMKAWTIM dengan 4 kawan lain untuk berniaga di Lubuk Bundle Bazar BBGP, Gelang Patah (Jumaat-Ahad 5pm-11pm) dengan Promosi Akhir Tahun Tapak Niaga.

Bawa 4 orang rakan niaga sehari dan tapak ke 5 akan hanya perlu membayar RM1.00 sahaja!

#kawtimkawtim lah..Takkan bab kira-kirapun nak kena ajar. Hehehe.

Klik sini untuk perbincangan dengan perunding kami:

wasap.my/60135983568/LubukBundlePromoYES
wasap.my/601128819432/LubukBundlePromoYES
wasap.my/60127906584/LubukBundlePromoYES

PROMOSI AKHIR TAHUN BERNIAGA DARIPADA BUKAKBONETJB.


15 November 2017

Belajar Faham 1 - Pengasas BukakbonetJB


Teks : Rasidah Othman
Gambar : Google


Modus operandus:

+ Beri nilai harga berbaloi (Harga sebenar tidak ditonjolkan)

+ Nama yang gempak

+ Terhad. Hanya hari Rabu sahaja.

+ Iklan jelas dengan gambar gelas besar penuh satu iklan walau saiz medium saja.

+ 99% pasti akan beli menu lain dan bukan semata kerana ini..

Loss Leader
Upselling


Antara teknik-teknik jualan dan pemasaran yang biasa dikongsikan oleh pengasas Bukakbonet JB, Tuan Mohd Noor Azam b Ateh. Sidikit sebanyak akan Kak Seed kongsikan juga huraianya dalam blog ini nanti dari semasa ke semasa, supaya teknik-teknik ini boleh digunapakai oleh wanita cantik yang membaca tulisan Kak Seed.

Semampunya kita sebarkan ilmu buat semua rakan usahawan tersayang.


Tips Bukakbonet - Kaedah Nyalakan Mentol untuk Car Booters

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB


Hari ini Kak Seed nak kongsikan antara info yang biasa kami di BukakbonetJb sebarkan pada barisan usahawan baru. Salah satunya adalah ilmu asas teknikal staff. Nampak mudah, tapi ramai yang tak tahu. Kalau ada yang tahu, mohon maaf ya. ini adalah sangat asas, Tim kami sediakan bagi mereka yang tidak tahu.

Jom baca dansebarkan pada rakan yang masih tidak tahu.





1. Peralatan yang utama adalah bateri kereta.
Boleh beli yang telah digunakan dan yang baru lebih baik.

Kalau jangan lupa caj dahulu, biasanya mana-mana kedai motor yang menyedaikan perkhidmatan caj ini, mengenakan bayaran RM5 sahaja untuk sekali caj.


2. Peralatan utama yang kedua adalah mentol 12v, ini jenis yang sesuai digunakan dengan bateri kereta. 



3. Peralatan yang ketiga beli 'rumah mentol' jenis skru. sediakan pendua seberapa banyak sebagai persediaan jika berlaku kerosakan.














4. Jangan lupa wayar yang secukupnya, anggaran 5 meter minimum.






5. sepit kecil, diperlukan dua unit.














6. Jom kita mulakan untuk menyalakannya.
pasang mentol 12v pada rumah mentol.





                                                                       





7. Buka penutup rumah mentol dan masukkan wayar . selepas itu masukkan hujung wayar kedalam 2 pin dan skrukan kembali.












             



 8. Di hujung wayar masukkan ke dalam lubang "sepit" dan pintalkan ketat. Tutup kemas.



9. Akhir sekali, sepitkan pada bateri dan pastikan posisi positif dan negatif.
                                                                        









Selesai sudah, nampak mudahkan?, tapi masih ramai lagi yang nak berniaga tak tahu sebab tidak ada pernah mencuba. Jangan takut untuk mencuba ya. Semoga perkongsian ini memudahkan urusan usahawan semua dalam urusan niaga mudah berbukakbonet.


Lubuk Bundle Gelang Patah, Johor


Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB



Bazar BBGP yang asalnya dikenali dengan nama Bazar Bukakbonet Gelang Patah, terletak tapak Pasar Malam Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah. Bazar ini beroperasi setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu bermula jam 5 petang sehingga jam 11 malam.

Permulaan Bazar BBGP, berlangsung pada sebelah pagi, tetapi berikutan sambutan pengunjung yang kurang pada ketika itu, pihak pengurusan bersetuju untuk bertukar waktu niaga pada sebelah malam sehinggalah ianya kekal sekarang.

Bazar BBGP adalah bazar yang dianjurkan oleh Umno Cawangan Taman Nusa Perintis 2, yang di ketuai oleh Tuan Hanafi b Pilus dan di bawah pengurusan Bukakbonet JB, Tim Pengurusan Kak Seed.

Bermula dengan 30 peniaga berdaftar pada awalnya, dan pernah berlangsung hanya dengan 6 peniaga sahaja. Walaubagaimanapun Tim Pengurusan tidak berputus asa, terus bergerak bersama-sama usahawan yang datang dan pergi silih berganti.

Kini, setelah 4 tahun beroperasi, tim pengurusan bersepakat, Bazar BBGP sesuai untuk dijadikan tumpuan barangan terpakai bagi sekitar kawasan Kota Iskandar, Johor Bahru, Johor.

Nak dapatkan barangan bundle berqualiti dari pelbagai negara, USA, Jepun dan Preloved peribadi, boleh datang ke Bazar BBGP.

Kalau nak turut sama berniaga, boleh wasap.my/60135983568/BazarBBGP

14 November 2017

Bantuan Senarai Semak Usahawan Bukakbonet JB





Kanopi Itu Khemah Niaga


Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Bila kita cerita niaga jalanan akan ada dua konsep, sama ada dengan konsep 'car boot sale' atau bazar berkanopi.

Bila konsep bazar berkanopi, penggunaan kanopi dengan saiz 10' x 10' atau 15'x10' dibenarkan. Saiz ini sesuai bagi diletakkan di kawasan meletakkan kenderaan awam. Tidak menganggu laluan trafik kiri kanan dan barangan niaga dileyakkan didalam kawasan saiz kanopi sahaja.

Ada juga usahawan jalanan menggunakan kawasan luar kanopi, tetapi tidak digalakkan, kerana boleh mengundang bahaya. Walaubagaimanapun, jika kawasan selamat dan kurang gangguan trafik, susunan diluar kawasa kanopi menjadi tarikan bagi pelanggan untuk singgah melihat barangan niaga usahawan.

Bagi konsep 'car boot sale pula, kami melarang peserta menggunakan kanopi (4 tiang) biasanya peserta 'car boot sale' dibenarkan menggunakan payung niaga.


Tiada masalah penggunaan payung niaga bulat atau segiempat, cuma tidak boleh menggunakan kanopi. walaupun saiz kanopi kecil, kami tidak membenarkan, kerana tiang 4 kanopi itu menghadkan akan menghadkan kawasan niaga dan menganggu tapak niaga rakan niaga bersebelahan. lagipun tapak niaga bagi konsep 'car boot sale' biasanya mengikut jumlah lot kawasan meletakkan kenderaan.

Semoga usahawan semua faham,mengapa pengurusan melarang penggunaan kanopi di tapak niaga berkonsep 'car boot sale'.



Tips Bahagia : Mencapai Ketenangan.

Teks : Rasidah Othman

Dalam kehidupan seharian pasti akan ada satu saat kita rasa sangat lemah. 

Bagaikan mahu menangis sepuasnya. Menangislah.

Kita merasakan dunia ini kejam. Orang yang berada di sekeliling kita bersikap kejam pada diri kita.
Kita berseorangan. Semua itu normal dalam menjalani kehidupan pada masa yang serba pantas, laju dan penuh cabaran ini.

Wanita, kita perlu belajar untuk mencapai ketenengan. Kita perlu kuat untuk terus menyokong sang suami yang sentiasa di duga ekonominya. 

Susah.
Sebelum nak capai itu.
Akan ada kesedihan yang teramat sangat,
Mempersoalkan, "kenapa aku".
Mempersalahkan orang lain, "kerana kau aku begini"
Jangan sedih sangat, jangan mempersoalkan.
Kehidupan peru jalan terus.

Cuba dengarkan alunan Asma Ul Husna,
Ketika dengar, rasa nak menangis, menangislah puas-puas.
Imbau kembali kebaikan-kebaikan ibu dan ayah, suami atau isteri, anak-anak juga adik-adik dan sahabat yang selalu berlaku baik kepada kita.

Dari setiap satu kebaikan mereka kepada diri kita, bersyukurlah.
Bersyukurlah ada orang yang masih sayang dan akan terus sayang.

Semoga Allah lindungi setiap dari sahabat Kak Seed, setiap kamu yang dirundung keluh kesah, sedih merintih. Jaga diri untuk yang masih sayang. 

Semoga kekuatan terus hadir bagi wanita yang berbisnes yang sedang diuji yang ada dekat dengan Kak Seed.
Aamiinn.

Katakan..Alhamdulillah untuk ujian hari ini.


CbsPeladang - Bagaimana anda boleh sertai kami?



Bagaimana anda boleh sertai kami?

1. Dapatkan seberapa banyak info dan gambar di page CbsPeladang (https://www.facebook.com/CarbootsaleMurahJohor/)
2. Whatsap kami di :

📲 wasap.my/601128819432/cbsNov
📲 wasap.my/60127906584/cbsNov
📲 wasap.my/60135983568/cbsNov

3. Fahamkan syarat dan info sebelum buat bayaran.

4. Jika setuju, boleh buat bayaran secara online dan resit dengan unik No. akan dihantar melalui whatsap.

5. Terus datang ke tapak niaga dan konsep tapak bebas

* Bayaran walk in berbeza dan hanya diutamakan usahawan yang sudah buat secara online.

Rekod Jualan

Teks : Rasidah Othman
Gambar : Koleksi Peribadi

Bila kita berniaga, mesti ada aktiviti merekod.
Bila merekod bukan sekadar nombor dan hasil.



Daripada jualan harian, ada rekod yang perlu diambil dan dicatatkan.

Jualan hari ini, nilai setiap jualan dicatatkan, siapa nama pembeli, nombor telefon pembeli, apa yang dibeli, tarikh dan detail dari kempen jualan yang mana pembeli datang.

Dari detail jualan ini nanti, boleh dibuat penilaian dan analisa, kempen yang boleh dilakukan berulangkali yamg mampu menjana hasil jualan yang tinggi.

Merekod jualan juga, memberi rekod bagi pengumpulan data base pelanggan kita. Mengumpul database pelanggan adalah penting bagi usahawan jalanan. Antara dokumen yang boleh membantu pengumpulan data adalah bil, resit dan juga invois.

Dapatkan database, mudah untuk kita berhubung kembali dengan pelanggan untuk dapatkan maklumbalas penggunaan produk dan mendapatkan jualan berulang.

Cuba belajar merekod menggunakan excel, mudah untuk kita rekod dan cari semula nanti dikemudian hari.

Faham sesuatu tak sahabat.

Kembali

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Pagi ini, ditegur lagi.
Teguran peringatan atas kelalaian mengikuti Kelas Asas Blog bersama ABDR.

Separuh hari ini, Kak Seed menyusun semula jadual perancangan tugasan. Sehari Kak Seed selitkan dua kali masa untuk mengadap buku catatan dan menulis catatan baru di blog ini.

Menulis perlu emosi, betul. Tapi hari ini Kak Seed seperti menyedari, emosi menulis itu akan datang dengan sendirinya bila kita cuba untuk terus menulis. Hari ini, sebelum mula menulis Kak Seed jengah dulu blog rakan-rakan alumni ABDR. Dari situ Kak Seed dapat semangat untuk menulis lagi, apa yang Kak Seed perlu tulis di blog ini.



Blog ini asalnya dikhaskan untuk Kak Seed berkongsi semangat rakan niaga offline. Rakan usahawan yang bersemangat kental dan jitu berjuang di jalanan demi mencari rezeki buat keluarga. Dan Kak Seed memilih untuk berkongsi kisah dan perjalanan wanita berniaga di jalanan.

Hari ini, Kak Seed tambah sedikit, akan ada sedikit perkongsian ilmu khas buat wanita-wanita hebat ini, berikutan Kak Seed sedang usahakan menambahbaik skill pemasaran niaga online bagi yang berminat.

Terus baca dan terus doakan Kak Seed dilimpahi idea dan semangat untuk terus berkongsi.

Assalamualaikum ☺

Kelas Poster DIY Bersama Eiman Shefu

Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Suka nak ceritakan di sini pengalaman menganjurkan Kelas Poster DIY (Mobile) bersama Eiman Shefu, pakar pamasaran online wanita yamg semakin bergerak aktif memperjuangkan skill dan matlamat wanita yang berbisnes online.



Kali ini, Kak Seed bertugas sebagai crew pendaftaran bersama tim Eiman di Johor Bahru.
Kelas berlangsung pada hari Jumaat, 10 November 2017. Kelas ini dibuka penyertaan hanya untuk wanita, ibu-ibu yqng terhad pergerakan dengan anak-anak dibenarkan membawa anak-anak bersama masuk ke dalam bilik seminar.



Pengalaman pertama buat Kak Seed, mengelolakan situasi sebegini, tetapi sudah biasa bagi Shefu Eiman. Beliau berkongsi, perkara biasa, bayi merangkak dihadapan kelas, semasa beliau memyampaikan ilmu. Tiada gangguan bagi beliau, kerana serasi kehidupan seorang wanita itu dikelilingi anak-anak kecil. Jangan jadikan anak-anak sebagai halangan, terus belajar dan berkongsi sesama wanita yang lain.