Sesekali Pandang Belakang

by - Monday, August 14, 2017


Teks : Rasidah Othman
Photo : HD Background

Kejayaan demi kejayaan telah pun dicapai. Kadang kita cepat mengalah bila diuji sedikit dengan cabaran sehingga terlupa nikmat-nikmat dan kejayaan yang pernah kita kecapi. Masih menyalahkan diri dan takdir jadi ulasan paling mudah kerana kekecewaan terhadap diri sendiri.

Sebagai manusia Kak Seed juga pernah diuji. Tindakan Kak Seed selalunya akan terus sibukkan diri dengan tugasan demi tugasan untuk melupakan tekanan masalah. Berdepan dengan masalah, jangan jadikan diri semakin bermasalah. Cuba untuk bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Cuba untuk mengimbas kenangan-kenangan yang manis dan hilangkan terus kenangan yang tidak patut dikenang.




You May Also Like

0 comments