11 August 2017

Jemaah Ber bukakbonet

Memulakan bisnes tanpa modal ini memang menguji kesabaran. Lagilah mahu bawa ramai orang bersama dalam misi ini.

Sebagaimana 4 tahun lepas kami memulakan BUKAKBONETJB dengan hanya RM100, sound system rumah home theater sebagai alat muzik dan tanpa kanopi, berlangsung 114 peniaga car boot sale.

Hingga hari ini kami memulakan bazar dan car boot sale dengan ZERO COST. Duit kutipan caj tapak dari peniaga digunakan semula untuk rolling. 3 bulan minima saya tidak akan cuit duit itu. Digunakan untuk urusan niaga. Lepas bulan ke 4 baru ambil sedikit gaji dan advance yang sudah digunakan.


BUKAKBONETJB bawa konsep jemaah dalam bisnes. Kita kongsi bersama dan nikmati hasilnya bersama walau tidak ramai faham.