19 August 2017

Bukakbonet JB Di Hati, CbsPeladang Dari Jauh

Teks : Rasidah Othman
Photo : Bukakbonet JB



Assalamualaikum dan selamat pagi 19 Ogos 2017 buat semua di Johor Bahru. Pagi ini Kak Seed berlangsung menguruskan platform niaga CbsPeladang dari Langkawi.

Selamat pagi orang Langkawi.

Hari ini CbsPeladang penuh, rasa sangat gembira bila dari jauh, satu-satunya platform niaga konsep 'carbootsale' anjuran Bukakbonet JB kelihatan sangat meriah dan bersemangat dengan penglibatan 19 usahawan yang baru mencuba-cuba berjualan 'offline' dan  'face to face'.



Paling panas sudah tentunya produk bundle dan preloved kerana item sebegini adalah item yang berbeza dan unik lain dari yang lain. Tidak akan ada persamaan diantara satu sama lain.

Bila ada usahawan dengan jualan beg tangan, lagi panas booth tersebut kerana menjadi tumpuan bukan sahaja semasa jualan tetapi selepas beberapa hari usahawan terbabit akan dihujani mesaage dan whatsapp bertanyakan harga dan stok item yang ada dalam koleksi mereka.




Kak Seed beritahu sekali lagi, platform niaga CbsPeladang adalah lokasi pembelajaran dan percubaan bagi usahawan yang baru mencuba menceburkan diri dalam suasana terbuka untuk menjual.

Cuba menjual dengan cara Bukakbonet JB, pasti akan rasai pengalaman yang berbeza.

Ok. Nanti cerita lagi.