24 August 2017

Cbs Peladang 26 & 27 OGOS 2017

MENGAPA PERLU RISAU ANAK-ANAK TIADA AKTIVITI MENARIK CUTI SEKOLAH INI?

Mudahnya berniaga oleh BUKAKBONETJB (J0687221-V) dan Pengurusan Pengurusan Pps (Peladang) di Johor Bahru ada menyediakan platform perniagaan mudah UNTUK PERTAMA KALI bagi ibubapa mengajar anak berniaga.

Ikuti panduan ini :
1. Geledah stor, kotak mainan, almari baju, bawah katil dan kumpulkan peralatan yang masih boleh digunakan namun sudah lama tidak terpakai.
2. Masukkan barangan itu di dalam kotak mengikut kategori jika boleh.
3. Whatsap 013 508 3568 atau 012 790 6584 dan beritahu mahu masuk berniaga di CBS Peladang Skudai, JB minggu ini
4. Buat bayaran online RM20 untuk 2 hari atau RM10 (sehari) ke akaun bank BUKAKBONETJB
5. Ambil kertas A4 dan tuliskan kadar harga jualan produk anda
6. Datang ke tapak niaga pada hari pilihan dan masuk saja mengikut susunan kenderaan yang sudah tiba. (admin akan bantu)
7. Ajar dan biarkan anak-anak anda melayani pelanggan untuk urusan jualbeli.

Senang sajakan?

Apalagi..jangan sia-siakan waktu cuti sekolah anak-anak anda. Bukan selalu peluang ini ada tau.

Whatsap segera..Hanya 25 tapak disediakan setiap hari.


19 August 2017

Bukakbonet JB Di Hati, CbsPeladang Dari Jauh

Teks : Rasidah Othman
Photo : Bukakbonet JB



Assalamualaikum dan selamat pagi 19 Ogos 2017 buat semua di Johor Bahru. Pagi ini Kak Seed berlangsung menguruskan platform niaga CbsPeladang dari Langkawi.

Selamat pagi orang Langkawi.

Hari ini CbsPeladang penuh, rasa sangat gembira bila dari jauh, satu-satunya platform niaga konsep 'carbootsale' anjuran Bukakbonet JB kelihatan sangat meriah dan bersemangat dengan penglibatan 19 usahawan yang baru mencuba-cuba berjualan 'offline' dan  'face to face'.

16 August 2017

BMC Busines Model Canvas


Teks : Rasidah Othman
Gambar : BukakbonetJB

Ini antara usaha BUKAKBONETJB (JM0687221-V) dalam menyediakan usahawan bisnes berdaya saing dan mengenali bisnes sendiri melalui kaedah Business Model Canvas.

Pengasas BukakbonetJB mengkhususkan latihan bersama buat semua usahawan berminat, dengan visi, kita buat sampai jadi. Pada satu-satu sesi BMC, dari kami akan ada pengenalan dan penghuraian sehingga penuh semua section jadual BMC itu diisi bersama.

14 August 2017

Sesekali Pandang Belakang


Teks : Rasidah Othman
Photo : HD Background

Kejayaan demi kejayaan telah pun dicapai. Kadang kita cepat mengalah bila diuji sedikit dengan cabaran sehingga terlupa nikmat-nikmat dan kejayaan yang pernah kita kecapi. Masih menyalahkan diri dan takdir jadi ulasan paling mudah kerana kekecewaan terhadap diri sendiri.

11 August 2017

Tips Niaga Jalanan

Apa kelebihan berniaga di jalanan?

+ Kos yang lebih rendah berbanding menyewa kedai
+ Kos utiliti yang murah. Di ABS EVENT penggunaan satu mentol hanya RM1.
+ Pull crowd lebih tinggi berbanding kedai yang bersifat menunggu
+ Berkongsi dengan peniaga lain bayaran yang membolehkan penganjur melakukan aktiviti bersama.
+ Tidak memerlukan kos membeli stok yang tinggi berbanding mempunyai kedai
+ Peluang berniaga di banyak platform niaga setiap hari.

Jemaah Ber bukakbonet

Memulakan bisnes tanpa modal ini memang menguji kesabaran. Lagilah mahu bawa ramai orang bersama dalam misi ini.

Sebagaimana 4 tahun lepas kami memulakan BUKAKBONETJB dengan hanya RM100, sound system rumah home theater sebagai alat muzik dan tanpa kanopi, berlangsung 114 peniaga car boot sale.

Hingga hari ini kami memulakan bazar dan car boot sale dengan ZERO COST. Duit kutipan caj tapak dari peniaga digunakan semula untuk rolling. 3 bulan minima saya tidak akan cuit duit itu. Digunakan untuk urusan niaga. Lepas bulan ke 4 baru ambil sedikit gaji dan advance yang sudah digunakan.