29 July 2017

Mengisi Tempat Kosong

Teks : Rasidah Othman
Photo : BukakbonetJB

Assalamualaikum dan selamat malam.

Seperti minggu-minggu sebelum ini, beginilah aktiviti Kak Seed dan tim jualan. Berusaha memenuhkan tapak kosong sehingga ke saat-saat terakhir malam jumaat. Esok Sabtu akan berlangsung CbsPeladang di Pasar Peladang Skudai bermula jam 8 pagi sehingga jam 12 tengahari.

Kebiasaannya usahawan-usahawan ini akan mula mengesahkan penglibatan niaga mereka bermula pada hari Isnin setiap minggu, tetapi membuat bayaran pada minit-minit terakhir hari jumaat. Jadi aktiviti pengurusan akan sedikit lewat dikemaskini.


Penglibatan niaga di CbsPeladang sedikit suram selepas cuti raya yang lepas, Alhamdulillah, minggu ini telah menampakkan sedikit peningkatan. Almaklumlah, usahawan disini hampir 50% adalah peniaga online yang masih bekerja makan gaji. Jadi alasan duit gaji cukup-cukup untuk tunggu sampai hari gaji berikutnya sangat kerap kali digunakan oleh kebanyakkan daripada mereka. hihihi.. 45 hari menunggu gaji.

Apabila jumlah usahawan menyusut, jumlah pengunjung juga turut kurang. Ini menjadikan semangat sedia ada rakan niaga yang hadir juga turut menurun.

Hukum kehidupan, walau sesiapa pun kita, kita memerlukan antara satu sama lain dalam menjalankan tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Tiada terkecuali.

Jom temui rakan usahawan kita di CbsPeladang minggu ini, Sabtu dan Ahad di Pasar Peladang Skudai 29 dan 30 Julai 2017 bermula jam 8 pagi.
Jangan lupa tau.