28 July 2017

Kontroversi Bisnes BukakbonetJB

Teks : Rasidah binti Othman
Media : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan selamat petang.


Bertemu lagi petang ini. Kali ini Kak Seed suka nak bercerita perihal BukakbonetJB. Kalau baca pada nama itu seperti aktiviti, buka bonet atau buka ruang simpanan belakang kereta. Kali ini bukan ya. BukakbonetJB adalah nama syarikat yang Kak Seed usahakan bersama suami. BukakbonetJB telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan no pendaftaran JM0687221-V. Jadi ianya tidak melibatkan sesuatu aktiviti mahupun konsep niaga, ianya adalah nama syarikat yang menyediakan platform niaga jalanan di Malaysia dengan pelbagai konsep mengikut kesesuaian.


Konsep niaga BukakbonetJB ada dijalankan dengan konsep berbuka bonet ('car boot sale') ada juga berkanopi dan ada juga bebas. Bebas ini maksudnya, pengurusan membenarkan konsep berbuka bonet dan berkanopi di dalam sesuatu kawasan mengikut kesesuaian peniaga itu sendiri. Walaubagaimanapun, mengikut permohonan dan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan juga.


Pernah pada satu ketika, kami mengelirukan orang ramai, nama Bukakbonet tapi tidak ada satupun konsep berbuka bonet dikawasan niaga kami. Pernerangan dan penjelasan diperlukan, selepas mereka faham semuanya menjadi mudah.

Pernah juga pihak berkuasa tempatan, mempersoalkan kejayaan aktiviti niaga sebegini, kerana pada ketika itu rata-rata perniagaan dengan kanopi adalah pasar malam yang diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Apabila mereka sedar akan sumbangan aktiviti kepada rakyat dan masyarakat setempat, semuanya jadi mudah dan pelbagai sokongan diberikan kepada kami,

Pernah juga, ada yang mempertikaikan konsep niaga BukakbonetJB tidak seperti 'car boot sale di luar negara yang menjual seratu peratus barangan terpakai dari rumah. Kami menyesuaikan konsep kami dengan keadaan negara kita Malaysia. Kami membenarkan percampuran produk baru dan terpakai dengan konsep jual apa sahaja dan campur-campur. Bukan itu sahaja,konsep car boot sale di negara Eropah tidak menggunakan payung tetapi kita berpayung menjadikan konsep car boot sale itu tidak unik.

Jadi kami sesuaikan konsep perniagaan car boot sale Bukakbonet dengan perniagan komersial jalanan car boot sale. Selepas beberapa ketika penerimaan masyarakat bertambah baik dan tapak niaga dengan konsep niaga sebegini tumbuh mekar bagaikan cendawan selepas hujan.