29 July 2017

Mengisi Tempat Kosong

Teks : Rasidah Othman
Photo : BukakbonetJB

Assalamualaikum dan selamat malam.

Seperti minggu-minggu sebelum ini, beginilah aktiviti Kak Seed dan tim jualan. Berusaha memenuhkan tapak kosong sehingga ke saat-saat terakhir malam jumaat. Esok Sabtu akan berlangsung CbsPeladang di Pasar Peladang Skudai bermula jam 8 pagi sehingga jam 12 tengahari.

Kebiasaannya usahawan-usahawan ini akan mula mengesahkan penglibatan niaga mereka bermula pada hari Isnin setiap minggu, tetapi membuat bayaran pada minit-minit terakhir hari jumaat. Jadi aktiviti pengurusan akan sedikit lewat dikemaskini.

28 July 2017

Kontroversi Bisnes BukakbonetJB

Teks : Rasidah binti Othman
Media : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan selamat petang.


Bertemu lagi petang ini. Kali ini Kak Seed suka nak bercerita perihal BukakbonetJB. Kalau baca pada nama itu seperti aktiviti, buka bonet atau buka ruang simpanan belakang kereta. Kali ini bukan ya. BukakbonetJB adalah nama syarikat yang Kak Seed usahakan bersama suami. BukakbonetJB telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan no pendaftaran JM0687221-V. Jadi ianya tidak melibatkan sesuatu aktiviti mahupun konsep niaga, ianya adalah nama syarikat yang menyediakan platform niaga jalanan di Malaysia dengan pelbagai konsep mengikut kesesuaian.

Salam Ukhwah Salam Perkenalan

Teks : Rasidah binti Othman
Media : Simpanan Peribadi

Assalamualaikum dan salam perkenalan daripada saya. Nama saya Rasidah binti Othman. Saya dilahirkan pada 26 Julai 1981 di sebuah rumah kecil milik nenek sebelah ayah di Kampung Paya Mengkuang. Lebih selesa dipanggil dengan nama Kak Ngah oleh keluarga terdekat dan panggilan Seed oleh kawan-kawan sejak berumur 7 tahun lagi, ketika itu saya masih di tahun satu, dan sehingga sekarang saya lebih mudah dan suka menggelarkan diri saya dengan panggilan Kak Seed. Kak Seed adalah anak kedua daripada sembilan orang adik beradik, 7 perempuan dan dua lelaki.



Kak Seed dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana. Ayah Kak Seed seorang tukang bina rumah, manakala ibu pula seorang suri rumah sepenuh masa. Seingat Kak Seed, kami tinggal di tanah kampung milik ayah seawal usia Kak Seed 5 tahun. Rumah yang dibina oleh ayah sendirian dengan tulang empat keratnya untuk kami sekeluarga. Kenangan.