Tuesday, 7 March 2017

Peniaga Jalanan





Teks : Tuan Mohd Noor Azam b Ateh

Apa mahu buat bila platform niaga yang disertai sepi?

+ Kunjungi booth niaga rakan lain. MEREKA JUGA PELANGGAN. Lakukan promosi kepada mereka! Mana tahu sangkut.

+ Lakukan demonstrasi produk. Buat macam teknik jual ubat. Kecoh macam Raja Lelong. Pasti akan ada yang mahu tahu lanjut melainkan kita berniaga dalam hutan dan seorang diri.

+ Keluar dari booth dan cari pelanggan dengan bawa satu atau dua produk. Tarik pelanggan,lakukan presentation dan demo. Usah menunggu saja!

+ Aktiflah di FB dengan post berkaitan platform niaga dengan kata positif dan tarik ramai untuk datang. Waktu ini menguji samada kenalan FB kita adalah berkualiti atau tidak daripada engagement. Jika tidak,mulakan FLUSH mereka keluar dari senarai.

+ Ambil masa berbual dengan penganjur. Bukan mencari salah tetapi memberikan idea,bertanya kawasan lain,info tapak,ilmu bisnes.

Suka? Share saja ilmu ini.