Press

Tuesday, 18 April 2017

Sayang Semua Orang : Ketenangan

Teks : Rasidah Othman

Mencapai ketenangan.

Susah.
Sebelum nak capai tu.
Akan ada kesedihan yang teramat sangat,
Mempersoalkan, "kenapa aku".
Mempersalahkan orang lain, "kerana kau aku begini"
Jangan sedih sangat, jangan mempersoalkan.

Cuba dengarkan alunan Asma Ul Husna,
Ketika dengar, rasa nak nangis, nangislah puas-puas.
Imbau kembali kebaikan2 ibuayah / suami/ isteri/ anak-anak/ adik-adik.

Dari setiap satu kebaikan mereka kepada diri kita, bersyukurlah.
Bersyukurlah ada orang yang masih sayang dan akan terus sayang.

Semoga Allah lindungi setiap dari rakan Kak Seed, setiap kamu yang dirundung keluh kesah, sedih merintih. Jaga diri untuk yang masih sayang. Aamiinn.

Alhamdulillah untuk ujian hari ini.

#sayangsemuaorang

Saturday, 1 April 2017

Salam Pengenalan


Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani.

Alhamdulillah, coretan pertama laman sesawang utama Kak Seed untuk membantu lebih ramai wanita hidup lebih bahagia, sihat dan berjaya.

Nama penuh Kak Seed, Rasidah binti Othman, berasal dari Johor Bahru. Kini menetap di Johor Bahru, selepas mendirikan rumah tangga bersama suami yang dicintai lagi dihormati.